SUBUH...
Dimana aku berada
masih enak di ulit kelambu rindu ... sambil berfoya2 dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku hampir di penghujung waktu
siapa aku di hadapan Tuhanku
ZOHOR....
aku lebih memikirkan kelaparan
keletihan dan rehatku
aku lebih mementingkan urusan duniaku
aku bertolak ansur dengan waktu
gembira mengira untung
hingga terlupa betapa besar kerugian
jika aku menggadaikan ketaatan
siapa aku di hadapan Tuhanku
ASAR....
aku masih lupa warna masa
pantas berlalu bagaikan pedang
aku masih bersama secawan kopi
tanpa sedar panas dihujung kepalaku
siapa aku di hadapan Tuhanku
MAGRIB...
aku melihat malam menjelma
tetapi aku masih berlegar
di sebalik tabir
mencari baki2 keseronokan
tidak terasa ruang masa singkat
siapa aku di hadapan Tuhanku
ISYAK...
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena
sambil menarik selimut
siapa aku di hadapan Tuhanku
KINI
aku tertanya2
sampai bila kau akan melengahkan sujudku
dan membiarkan masjid menjadi sepi
siapa aku di hadapan Tuhanku......
No comments:
Post a Comment
jangan lupe bagi pendapat or komen anda.. ^.^"