pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. cuba anda perhatikan perlahan2 jari anda. luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka , renung dalam2. kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.
kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. bermula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil , seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. itulah fitrah manusia dan alam seluruhnya.
apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. bak kata pepetah " melentur buloh biarlah dari rebungnya " kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
naikkan kpd jari yang kedua, jari manis namanya. begitu juga dengan usia remaja. manisya seperti jari yang comel mulus ni. apatah lagi jika disarungkan dengan sebentuk cincinbertahtakan berlian, bangga tak terkira. pada ketika ini alam remaja menjengah diri.
awas!! di usia ini sentiasa dibelunggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. pastinya sudah di pertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. bersediakah anda??
nah.. naik kepadajari ketiga, jari yang paling panjang jari hantu namanya. zaman remaja ditinggalkn. alam dewasa kian menjengah. diperingkat umur 30-an ini seseorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. namun, anda mesti berati2 kerana di kala ini ramai "hantu2 pengacau" yang datang menggoda. hantu hasad dengki., hantu ego, hantu tamak hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. justeru itu, amal ibadat mesti di pergandakan.
kita beralih kepad jari telunjuk, jari inilah mengungkapkan satu dan esaNya ALLAH SWT ketika solat. genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea yang bernas dan minda yang hebat.
akhir sekali, renung ibu jari. ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. bak kata orang jawa "cap jempol" atau cap jari. kalau dia ada semua urusan bejalan lancar, buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman, sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good' atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda
akhirulkalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang lima. renung dan fikir dalam2. dimanakah anda sekarang..
MUTIARA KATA: "anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda


No comments:
Post a Comment
jangan lupe bagi pendapat or komen anda.. ^.^"